Update 22 Februari 2009 Jam 0829: Server transfer officially completed for all accounts. If you still get error, this means your website is experiencing DNS propagation. It will take up to 48 hours for the DNS to settle. You can try accessing your website using proxy to verify its been up.
Update 21 Februari 2009 Jam 1437: Server transfer in process. Sesetengah akaun telah pulih. Bravo to the team! Nonetheless, server admin team monitor closely progress. Fail-fail yang besar menyebabkan transfer mengambil masa.
Update 21 Februari 2009 Jam 0235: Backup telah di perolehi dari data center lama. Server baru sedang di setup di sebuah data center baru di Chicago.
Update 20 Februari 2009 Jam 1830: Data Center baru telah dikenalpasti dan server baru akan dibeli dalam tempoh 3 jam lagi, perbincangan dengan Data Center lama sedang berjalan supaya mereka dapat memberi kerjasama ketika transfer sedang berjalan nanti.
Update 20 Februari 2009 Jam 1200: Kepada semua pelanggan EcommerceMastery.com yang berada di server PURE (pelanggan di server lain tiada masalah seperti biasa), anda akan mendapati laman web anda tidak dapat diakses buat masa sekarang. Ini adalah kerana server PURE telah ditamatkan perkhidmatannya oleh pihak Data Center kerana ada pemilik akaun melakukan SPAM.
Pelanggan di server lain, MOO, PRO, MANIA, LASTAR, GERONIMO, COWBOY & ECOMM, bergembiralah. Server anda ok dan tidak diserang sama.
Kami meminta maaf yang banyak dan teramat sangat dari anda. Ketahuilah bahawa apa yang boleh dilakukan telah pun saya lakukan. Dalam keadaan baru bangun pagi dan tidak mandi saya membuat panggilan terus ke US menggunakan handphone.
Itu seriusnya saya dalam menangani masalah ini.
Perkara seperti ini pernah terjadi hampir 2 tahun lepas. Anda boleh melihat rekod dan keterangannya (link: di sini):
RINGKASAN PUNCA: Ada seorang pelanggan di dalam server PURE yang membuat SPAM sehingga satu server di shut down. Pihak Data Center tidak mahu berkompromi. (ini satu kesalahan jenayah di US, suku JUTA spam & phishing email telah dihantar)
Diharap, di saat-saat sukar seperti ini, anda memahami kemalangan yang kami hadapi seperti kami berada bersama anda setiap masa sebelum ini. ![]()
Saya telah berbincang dan paling kuat pun, syarikat data center ini hanya bersetuju untuk memberikan backup dan akaun tetap tidak akan disambung. (ini kali kedua)
Kami telah pun dengan notis segera mendapatkan server baru. Namun server baru perlu masa untuk dipasang dan disiapkan sebelum boleh digunakan. Kami mahu segera tetapi tidak mahu gopoh. Tambah pula sekarang sudah malam (EST) di US.
Jadi, ETA laman web anda akan online kembali dalam tempoh 48 jam. Saya tahu penantian itu satu penyeksaan, tetapi itu sesuatu yang realistik dan boleh kami rangkakan. Sebahagian laman web kami seperti PlanesPlanet.com terjejas dan merugikan jualan kami juga ![]()
Dalam tempoh 2 minggu yang akan datang, please do expect some disturbance kerana kami perlu melakukan maintenance untuk mengetatkan skru-skru yang loggar di server baru ini (server yang baru lebih unstable dari server yang telah lama berjalan) Weird but true!. ![]()
Berapa juga kerugian yang anda alami, kerugian kami lebih besar akibat kejadian ini
. Majoriti website Ecommerce kami berada di server ini dan semuanya down. Kita memang patut marah pada SPAMMER ini.
Kami sangat-sangat bersimpati dan saya ingin meyakinkan anda bahawa what can be done has been done, dan kami telah, sedang dan akan mencuba yang terbaik.
Pelanggan di server lain, MOO, PRO, MANIA , GERONIMO, COWBOY & ECOMM, , bergembiralah. Anda tidak terlibat dalam masalah ini. Dan ingat point di atas. Jangan seksa server untuk kebaikan bersama.
Oh ya, saya sedang runsing juga. It’s never easy bila ada problem berkaitan server ni. A lot of things can go wrong.
Tapi life must go on. Doakan kita semua berjaya menghadapi situasi ini.
Terima kasih
Alias